Thursday, July 17, 2008

Sukan di Kelantan

Di sini saya ingin mengkritik pengurusan sukan di Kelantan untuk pembangunan sukan di Kelantan.

1) Pemilihan pegawai2/jurulatih yg menguruskan sukan di pilih secara kroni dan bukannya berdasarkan kelulusan pegawai tersebut. Namun di Sabah, jurulatih2 yang terpilih kebanyakkannya berkelulusan sains sukan dan mereka mempunyai komitmen yang tinggi untuk pembangunan sukan. Ini telah di buktikan mereka pada kejohanan SUKMA yg lalu.

2) Dicadangkan, sekiranya atlet di bawah jurulatih sekolah memenangi kejohanan di peringkat negeri, jurulatih tersebut wajar dipilih sebagai jurulatih negeri dan bukannya jurulatih yg dipilih secara kroni. Sistem ini telah di amalkan di negara China.

3) Saya cukup kecewa dengan pembangunan sukan renang di kelantan, walaupun kolam renang di kota bharu ini tidak mengikut spesifikasi yang diperlukan untuk kejohanan namum ini tidak sepatutunya menjadi alasan. Saya begitu kecewa sekali apabila kelantan amatlah jauh ketinggalan dalam sukan ini. Nama Kelantan di arena renang tidak dikenali kerana jarang menghantar perenang2 ke sebarang pertandingan. Di harap pihak yang berwajib haruslah mencari satu alternatif dan bukanya terus memeluk tubuh dan terus menyalahkan kekurangan fasiliti.

4) COMFORT ZONE: Setalah saya ditempatkan kembali di Kelantan, sepanjang pemerhatian saya kebanyakkan jurulatih2 negeri dan pegawai2 sukan negeri amtlah begitu selesa sekali dengan jawtan dan pangkat masing2. Tiada sebarang usaha yg di ambil untuk meningkatkan lagi kualiti dan mutu para atlet. Tiada sebarang standard yang ditetapkan untuk atlet. Mungkin bila berada di tempat sendiri, kita akan selesa namum ini tidak akan majukan sukan di negeri ini.

5) Kejurulatihan: Tiada sebarang kursus untuk meningkatkan lagi ilmu para jurulatih negeri. Sbg contoh, KAFA amatlah jarang mengendalikan kursus kejuratihan seperti awalan "C", "C", ".Saya difahamkan hanya beberapa orang shj jurulatih yang ada lesan "C" di Kelantan. Di harap pihak berwajib menganjurkan lebih byk kursus2 utk pembangunan jurulatih2 negeri.

6) Nutrisi: Sepanjang pengamatan saya, jurulatih2 negeri tidak mengambik berat tentang pemakanan atlit. Performance atlet berkait rapat dengan pemakanan mereka. Sbg contoh, atlet yg selalu "Cramp" haruslah mengambil potassium untuk mengelakkan "cramp" sewaktu pertandingan.

7) Laporan Penilaian Prestasi Jurulatih: Adakah pihak berwajib sentiasa memantau prestasi jurulatih dan prestasi atlet mereka?

Amatlah menjadi impian saya untuk melihat negeri kelahiran saya ini maju di arena sukan, namum apa yang terdaya kerana saya tidak mempunyai kuasa dan ruang untuk membuat perubahan.

posted by: Mohd Hazim Mohd Ghazali

Sejarah Sukan Skuasy di Malaysia

Permainan Skuasy adalah permainan yang mudah dipelajari. Peraturan permainannya mudah difahami oleh pemain. Skuasy dimainkan di dalam gelanggang tertutup yang merupakan sebuah bilik kosong bersiling tinggi dan mempunyai empat dinding termasuk dinding belakang. Matlamat permainannya ialah untuk mendapatkan mata dengan melakukan servis, dan memukul bola supaya lawan tidak dapat mengambil bola yang dipukul itu.
Di England, beberapa sekolah mula mencuba dalam permainan ini dengan mendirikan gelanggang sendiri. Pada tahun 1825, permainan ini telah diperkenalkan di Sekolah Harrow. Perkataan skuasy adalah dipercayai diambil dari bunyi bola semasa ia terkena raket. Pada mulanya, skuasy dimainkan secara suka-suka sahaja. Selepas perang dunia pertama, ia telah menjadi sukan yang dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Persatuan Skuasy di England ditubuhkan pada tahun 1929. Pada tahun-tahun awal pertandingan skuasy, ianya telah dimenangi oleh pemain-pemain Inggeris, tetapi selepas tahun 1950-an permainan ini telah dikuasai oleh Negara Pakistan yang dimulai oleh Hashim Khan. Kemudian, diikuti pula oleh adiknya Azam Khan dan supupunya Roshan Khan.

Era di Malaysia..

Permainan skuasy akhirnya telah dibawa masuk ke Malaysia oleh orang-orang Inggeris yang bertugas di negara ini. Tarikh tepat permainan skuasy diperkenalkan di Malaysia tidak dapat dipastikan. Adalah dipercayai ia diperkenalkan sekitar tahun 1920-an. Pada masa itu, ia dimainkan oleh kelab-kelab, khusus untuk orang-orang kulit putih. Permainan skuasy mula diminati oleh rakyat negara ini selepas perang dunia kedua. Selepas tahun-tahun 1960-an, skuasy mula menjadi satu permainan yang semakin diminati hingga ada sekolah-sekolah dan persatuan-persatuan sukan memasukkan permainan ini di dalam senarai sukan mereka. Pertandingan dan kejohanan skuasy mula dianjurkan samada di peringkat sekolah, kelab atau jabatan.
Pada tahun 1972, sekumpulan peminat dan pemain skuasy di sekitar Kuala Lumpur telah bertemu di Kelab Tasik Perdana Kuala Lumpur bertujuan menubuhkan sebuah persatuan khusus untuk sukan ini. Akhirnya, Persatuan Skuasy Malaysia (PSM) telah didaftarkan secara rasmi dan diiktiraf sebagai badan sukan untuk permainan skuasy di seluruh Malaysia. Datuk Hisyam Albakri adalah presidennya yang pertama. Dengan adanya Persatuan Sepak Takraw Malaysia, banyak persatuan-persatuan skuasy negeri ditubuhkan termasuk Kelab Skuasy Angkatan Tentera Malaysia dan Kelab Skuasy Polis Diraja Malaysia. Beberapa pertandingan mula diadakan seperti di Kolej Melayu Kuala Kangsar tahun1939 dan Pertandingan Piala Tiger tahun 1966.
Skuasy terbukti telah meletakkan nama Malaysia harum di puncak dunia khususnya melalui kejayaan Nicol Ann David yang muncul selaku pemain terbaik wanita dunia tahun 2005 dan Olahragawati Asia 2007.
Melalui usaha yang tidak mengenal jemu di dalam menampilkan cabaran negara pada setiap kejohanan diperingkat antarabangsa, segala usaha itu kini membuahkan hasil.
Disana sini kelibat pemain skuasy negara berjuang melakar kejayaan diri demi negara. Nama-nama seperti Nicol Ann David, Ong Beng Hee dan Mohd Azlan Iskandar kini meniti dibibir lawan sebagai pencabar yang digeruni untuk ditemui.
Kejayaan Nicol Ann David menjuarai kejohanan skuasy Terbuka Hong Kong sekaligus ternobat selaku pemain nombor satu dunia, sewajarnya dijadikan impian seimbang buat lain-lain atlit.
Kecemerlangan yang ditunjukkan oleh pemain-pemain skuasy negara memberi petanda bahawa Malaysia boleh mencipta nama menerusi sukan ini.
Disini, saya amat berharap agar sukan skuasy terutamanya di negeri kelahiran saya iaitu Kelantan akan melahirkan pemain-pemain terbaik dunia. Saya optimis sekiranya di beri peluang, sukan ini akan melonjakkan lagi nama Kelantan di persada sukan negara..

post by: Mohd Hazim Mohd Ghazali